Pages

Sunday 8 September 2013

Ibnu Sina


Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun.


 Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. 

Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.

 Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu.

No comments:

Post a Comment